Profail Syarikat

SBS SOLUTION SDN BHD telah ditubuhkan pada tahun 2008. Ia terletak di Sg Buluh, Selangor. Keutamaan aktiviti syarikat ini adalah membekal bahan kimia bagi rawatan air, bahan cucian, makmal dan penyelidikan, memberi khidmat nasihat serta menyediakan keperluan bagi rawatan air mengikut spesifik system dan industri. Industri – industri yang telah kami ceburi seperti bidang minuman & makanan (F&B), automotif, logam, plastic, perabut dan lain-lain. Lapangan perniagaan kami adalah di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei. Selain itu, kami juga membekal bahan pembersihan, alatan makmal, bahan kimia makmal serta untuk penyelidikan.

SBS SOLUTION SDN BHD menyediakan perkhidmatan rawatan air bagi Cooling Water Treatment,Chiller Water Treatment, Boiler Water Treatment, Sterilizer Water Treatment, Swimming Pool, Waste Water Treatment dan Spray Water Treatment. Kami juga membuat kerja-kerja pembersihan dan cucian tangki. Kami mempunyai keupayaan dari segi teknikal, kemudahan makmal, pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang yang dinyatakan. Kami yakin dengan keupayaan kami berdasarkan keputusan dan pencapaian objektif bagi projek – projek yang dikendalikan oleh syarikat kami.

SBS SOLUTION SDN BHD didukungi oleh pekerja – pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman disamping sokongan dari kemudahan teknikal yang disediakan oleh pihak syarikat. Kami mempunyai alatan yang sesuai bagi bantuan pengujian air dan teknikal. Selain itu, kami mempunyai sokongan padu dari pembekal-pembekal yang sentiasa berada di belakang kami.

SBS SOLUTION SDN BHD berasa amat berbesar hati sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama dengan pihak Tuan/Puan. Semoga dengan kerjasama itu dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Maklumat Syarikat

Nama Syarikat SBS SOLUTION SDN BHD
Alamat Perniagaan PLB No. 3, Kampung Merbau Sempak, Jalan Kuala Selangor, 47000 Sungai Buluh, Selangor.
Nombor Telefon 03-6038 1404 / 019-2889385
Nombor Faks 03-6038 8285
Emel sbssolutionsb@gmail.com
Nombor Pendaftaran 1143306-K
Bentuk Perniagaan Pemilikan Tunggal
Nombor Rujukan MOF 357-02251888

Pemilikan Syarikat

Bentuk Perniagaan Milikan Tunggal
Nama Pemilik Nor Mohamad Zulli Bin Ali
Taraf Syarikat 100% Bumiputera